TIE'16 | SIXTEEN COLLAGE
» ACTIVITIES »

Event Title
TIE'16
Date
28 Sep 2017 - 28 Sep 2017
Time
05.00 - 12.00
Location
Dewan Putra 2, UPM
Event Summary
Dewan Putra 2, 28/9/2017. Hari Keluarga Kolej 16 (TIE’16) adalah program anjuran Majlis Tertinggi Mahasiwa Kolej Enam Belas sesi 2017/2018 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Enam Belas. Seramai 224 orang penyertaan daripada pelajar Kolej 16 telah menyertai program ini. Program ini adalah salah satu inisiatif Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2017/2018 bagi merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar baharu di Kolej 16 dan pelajar – pelajar lama serta pihak pengurusan kolej Enam Belas. Ini adalah bagi memudahkan para pelajar baru untuk berinteraksi dengan komuniti lain di universiti. Selain daripada mengeratkan silaturahim, program ini dilaksanakan seawal minggu ketiga sesi 17/18 untuk mengalu – alukan dan meraikan kedatangan para pelajar Tahun Satu. Dengan cara ini, pelajar – pelajar Tahun Satu akan lebih tertarik untuk bergiat aktif dalam aktiviti – aktiviti kolej dan universiti. Program ini juga dapat mengasah kemahiran berkomunikasi antara individu daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Selain itu, program ini dapat meningkatkan keyakinan diri melalui penglibatan dalam pengisian – pengisian yang direncanakan. Kesimpulannya, melalui program TIE’16, hubungan silaturahim antara pelajar, felo, pihak pengurusan dan juga pengetua bertambah erat. Pelajar baru dan lama juga dapat bersua muka dan mengenali antara satu sama lain. Hubungan antara dua hala ini melahirkan sifat saling hormat – menghormati dan mewujudkan persefahaman yang baik. Disediakan oleh: Muhamad Faris Bin Mohd Zuri Pengarah Program Hari Keluarga Kolej 16 (Tie’16)

Updated:: 21/12/2017 [shalabi]

SIXTEEN COLLAGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697857
0397692071
SXEUCA1~