PIAGAM PELANGGAN |
PIAGAM PELANGGAN Kami staf UPM beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan:-» Menyediakan dan mengusahakan peningkatan secara berterusan dalam aspek yang berkaitan dengan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional sejajar dengan piawaian dan amalan terbaik yang diterima guna pada peringkat antarabangsa; » Menyediakan program pengajian tinggi dan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkualiti dalam usaha peningkatan kesarjanaan ilmu untuk memenuhi aspirasi pembangunan Negara; » Memperkasakan bidang penyelidikan dengan penemuan baharu yang dapat meningkatkan taraf hidup dan pembangunan ekonomi negara secara menyeluruh; » Mewujudkan budaya pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan serta suasana persekitaran kerja dan pembelajaran yang dinamik dan kondusif demi memupuk percambahan dan keterbukaan minda untuk membangunkan potensi diri staf dan pelajar; » Menyediakan perkhidmatan profesional untuk meningkatkan kecekapan pengurusan yang tuntas; dan » Memberikan ruang dan peluang yang saksama kepada semua warganegara dengan tidak mengira kepercayaan, bangsa dan agama untuk memperoleh pendidikan tinggi yang berkualiti. Sila klik disini untuk Laporan Percapaian Piagam Pelanggan. |
Updated:: 09/10/2017 [shalabi]
URUSAN PENGINAPAN
PJS Development Sdn. Bhd.
Tel : 03-86566673 / 03-86560667
Kolej Enam Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia