FUNGSI DAN PERANAN MTM | SIXTEEN COLLAGE
» MTM » FUNGSI DAN PERANAN MTM

FUNGSI DAN PERANAN MTM

Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) merupakan badan pelajar yang dilantikan oleh pihak Pengurusan kolej dan berperanan sebagai saluran perhubungan antara pihak kolej dan  pelajar di kolej untuk menwujudkan sesuatu persefahaman dan ketenteraman.

Fungsi dan Peranan MTM

MTM juga merupakan perancang dan pelaksana aktiviti secara tersusun dan berjadual  (Kalendar aktiviti) pada setiap sesi kemasukan  pelajar. Tempoh pelantikan mereka selama 1 tahun dan mengikut sesi pengajian. MTM dikendalikan oleh Presiden dengan dibantu oleh Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari, Ketua Blok dan Exco-Exco.   

 Pemilihan MTM adalah berdasarkan  panduan seperti berikut :

  1. Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu sesi pengajian.
  2. Calon pernah menyertai mana-mana kursus/aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kolej atau universiti.
  3. Calon mempunyai sekurang-kurangnya CGPAS 2.75 ke atas kecuali pelajar perubatan dan kes-kes tertentu CGPA 2.5 dan juga tertakluk kepada budi bicara pengetua.
  4. Calon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
  5. Calon tidak terikat dengan latihan industri kecuali Pelajar Perubatan.
  6. Pemilihan dan kelulusan dibuat oleh pihak pengruusan Kolej.
  7. Kriteria pemilihan setiap jawatan dalam MTM akan ditentukan berdasarkan penilaian yang dibuat oleh felo dan pihak pengurusan kolej.

 

Sumber :  Garis Panduan Pemilihan Majlis Tertinggi Mahasiswa (UPM/KK/TAD/GP05)  bertarikh 02.01.2015

Updated:: 09/10/2017 [shalabi]

MEDIA SHARING

SXEZNA5~