KATA ALUAN PENGETUA | SIXTEEN COLLAGE
» ABOUT US » COLLEGE MANAGEMENT » KATA ALUAN PENGETUA

KATA ALUAN PENGETUA

                                                                                                                        

                                                                                                                                                                                                  

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia. Selamat datang ke laman sesawang Kolej Enam Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Laman ini diwujudkan bagi memudahkan warga kolej dan masyarakat luar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di Universiti Putra Malaysia amnya dan di Kolej Enam Belas khususnya di samping memberi peluang kepada pihak luar Kolej Enam Belas dan UPM untuk berhubung dengan pihak kolej kediaman. Sebagai tambahan, laman ini juga diharapkan akan dijadikan medan untuk pihak pengurusan kolej menyampaikan maklumat kepada warga kolej. Kolej Enam Belas merupakan salah sebuah daripada 17 buah kolej yang terdapat di UPM. Kolej Enam Belas termasuk dalam kolej serumpun yang terdiri daripada Kolej Mohamad Rashid, Kolej Dua Belas, Kolej Empat Belas dan Kolej Lima Belas. Warga Kolej Enam Belas terdiri daripada pelajar pra siswazah dan juga pelajar siswazah yang mendiami 5 buah blok iaitu L2 Wing A, L3, L6 Wing A, P4 Wing A dan P7 Wing A. Pihak kolej mementingkan penglibatan warga kolej secara menyeluruh dan aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sama ada oleh pihak UPM atau Kolej Enam Belas sendiri. Hubungan yang erat antara warga kolej sangat ditekankan bermula dari seawal warga kolej menjejakkan kaki ke kolej ini lagi. Melalui penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan, diharap pelajar dapat menyemai ketujuh-tujuh elemen dalam kemahiran insaniah dalam diri sendiri sebagai satu strategi UPM bagi menghasilkan graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam akademik dan kokurikulumnya serta sahsiah yang diidamkan majikan. Akhir kata, setiap warga kolej haruslah melibatkan diri secara aktif dan holistik dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UPM dan Kolej Enam Belas. Justeru, marilah bersama-sama menaikkan nama Kolej Enam Belas setaraf kolej-kolej tradisional lain dengan mencipta kejayaan dalam semua aspek seperti akademik, sahsiah, kebudayaan dan sukan.

Sekian, terima kasih.

'Salam Perintis Keunggulan'

'Berilmu Berbakti'

Pengetua
Kolej Enam Belas
Universiti Putra Malaysia

Updated:: 19/04/2019 [shalabi]

MEDIA SHARING

SIXTEEN COLLAGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697857
0397692071
SXEaTAT~