PENGENALAN KOLEJ | SIXTEEN COLLAGE
» ABOUT US » HISTORY » PENGENALAN KOLEJ

PENGENALAN KOLEJ

UPM menyediakan sebanyak 17 buah kolej kediaman untuk penginapan lebih daripada 3000 orang pelajar. Setiap satu kolej kediaman menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap dan moden demi menepati keperluan pelajar.

Sebahagian besar kolej kediaman mempunyai akses internet, pembersihan harian, kemudahan untuk sistem kumbahan serta pelbagai lagi kemudahan lain yang memberikan keselesaan kepada para pelajar. Universiti juga sangat prihatin terhadap para pelajar istimewa. Terdapat sejumlah ruang khusus yang diubah suai dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan para pelajar istimewa agar kehidupan mereka di kampus terjamin.

 

Kolej Serumpun

Kolej Serumpun adalah terdiri daripada Kolej Dua Belas, Kolej Empat Belas, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas. Segala urusan pengurusan penginapan pelajar dan persekitaran kolej ditadbir bersama dengan Syarikat Pembinaan Jayabumi Sarawak (PJS Development) dengan Sistem Build, Operate dan Transfer (BOT). Secara fizikalnya kolej Empat Belas mempunyai 5 blok dari 14 blok yang dibina oleh PJSD dimana 8 blok untuk siswi dan 4 blok untuk siswa.

Blok dan wing yang dihuni oleh pelajar-pelajar Kolej Empat Belas ialah

Blok L2 Wing B -  adalah untuk pelajar lelaki (2 orang bagi satu bilik)
Blok L6 Wing B - adalah untuk pelajar lelaki (1 orang bagi satu bilik)
Blok L5 Wing A & B - adalah untuk pelajar wanita (4 orang bagi satu bilik)
Blok P4 Wing B - adalah untuk pelajar wanita (2 orang bagi satu bilik)
Blok P7 Wing B - adalah untuk pelajar wanita (1 orang bagi satu bilik)

Updated:: 12/10/2017 [shalabi]

MEDIA SHARING

SIXTEEN COLLAGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697857
0397692071
SXEbMAJ~