VISI DAN MISI UPM | SIXTEEN COLLAGE
» ABOUT US » VISION/MISSION » VISI DAN MISI UPM

VISI DAN MISI UPM

Sebagai sebuah universiti yang terkemuka dan menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama pada peringkat antarabangsa, UPM kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadi universiti yang dihormati. Dalam usaha untuk mencapai keunggulan itu, kami warga UPM bersatu hati mengikuti tuntutan visi dan misi serta berkongsi tanggungjawab mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

VISI » Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

MISI » Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu  

MATLAMAT UPM 

» Matlamat 1 
Mempertingkat kualiti dan daya saing graduan 

» Matlamat 2 
Penjanaan nilai melalui ekosistem RDCE yang mantap dan lestari  

» Matlamat 3
Melonjak perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat  

» Matlamat 4 
Memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlangan pertanian

» Matlamat 5 
Mempertingkat kualiti tadbir urus

DASAR KUALITI 

» Pekerja Universiti Putra Malaysia beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan.

» Pekerja Universiti Putra Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab dalam mencapai objektif kualiti yang ditetapkan, serta memastikan objektif tersebut dikaji dari semasa ke semasa supaya selaras dengan visi, misi dan matlamat UPM.

Updated:: 09/10/2017 [shalabi]

MEDIA SHARING

SIXTEEN COLLAGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697857
0397692071
SXEaSAp~