Pidato Sayangi Malaysiaku 2018 | KOLEJ ENAM BELAS
» BERITA » Pidato Sayangi Malaysiaku 2018

Pidato Sayangi Malaysiaku 2018

 

Kolej 16 Mencuri Perhatian di Pertandingan Pidato Sayangi Malaysia Ku

SERDANG- Noor Hidayahtul Aiza Binti Atan oleh lebih mesra dengan panggilan Hidayah telah berjaya memenangi tempat ke-3 di dalam pertandingan pidato, Sayangi Malaysiaku. Pertandingan Sayangi Malaysiaku telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia dan dibuka kepada kesemua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) tanpa mengira peringkat pengajian.

Hidayah yang merupakan pelajar tahun ke-2, jurusan Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu telah berjaya mendapat ketiga di dalam pertandingan tersebut yang bertempat di Dewan Putra 1, Universiti Putra Malaysia, meskipun mendapat tentangan hebat dari peserta dari kolej lain. Hidayah sebelum ini yang mendapat Pendidikan awal di SMK Tinggi Kajang, Selangor sebelum memasuki Upm telah menyinar dengan gemilangnya di pertandingan tersebut.

Hidayah mengatakan sebab utama beliau menyertai pertandingan pidato tersebut disebabkan minatnya yang mendalam di dalam bidang pidato dan debat yang telah diceburinya semenjak beliau di sekolah menengah lagi. Beliau juga pernah menyertai pertandingan pidato di peringakat sekolah dan Berjaya memperoleh tempat ke-2.

Tarikh Input: 04/10/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | shalabi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ ENAM BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697857
0397692071
SXEQIAh~