International Day Of University Sports (IDUS) 2018 | KOLEJ ENAM BELAS
» BERITA » International Day of University Sports (IDUS) 2018

International Day of University Sports (IDUS) 2018

 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA- Program IDUS atau lebih dikenali sebagai International Day of University Sports. Program ini merupakan satu program yang telah dianjurkan oleh Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia. Antara kandungan program IDUS ini ialah kayuhan basikal bersama TNC sejauh 4.6 kilometer, berjalan kaki (walkathon) sejauh 3.5 kilometer dan pasukan sorak yang bertemakan gaya hidup sihat. Penyertaan bagi program ini adalah terdiri dari pelajar tahun satu. Kolej Enam Belas telah menghantar penyertaan seramai 61 orang pelajar untuk menyertai program ini. Setiap peserta diarahkan berkumpul di Bukit Ekspo pada pukul 3 petang pada hari tersebut.

Program dimulakan dengan aktiviti pertandingan sorak antara kolej. Selepas itu, aktiviti kayuhan dan berjalan kaki mula mengambil tempat. Akhir sekali, program ini telah melabuhkan tirainya pada pukul 6 petang. Program ini amat memberi kesan terhadap pelajar kerana pada waktu itu mereka boleh beramah mesra bersama TNC. Bukan itu juga, aktiviti ini turut memberi kecergasan kepada pelajar-pelajar. Akhir sekali, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

 

Disediakan oleh :

ZUHAIRI BIN ZAKARIA
MTM Sukan Kolej Enam Belas

Tarikh Input: 04/10/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | shalabi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ ENAM BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697857
0397692071
SXEdHAt~