Larian Merentas Kampus | KOLEJ ENAM BELAS
» BERITA » Larian Merentas Kampus

Larian Merentas Kampus

 

Universiti Putra Malaysia- Program Merentas Kampus atau nama lain Putra Green Run merupakan satu program wajib setiap tahun. Pada tahun ini program ini telah diadakan pada 30 September 2018. Program ini telah dianjurkan oleh pusat sukan Universiti Putra Malaysia di mana mewajibkan penyertaan dari pelajar tahun satu. Namun begitu, program ini juga di buka kepada seluruh pelajar yang ingin turut serta menyertai.

Setiap kolej telah diwajibkan menghantar penyertaan bagi menjayakan program ini. Kolej Enam Belas telah menghantar seramai 150 orang penyertaan pada hari tersebut untuk menyertai program tersebut.Acara merentas kampus ini telah dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Kategori lelaki larian adalah sejauh 7 kilometer. Manakala bagi kategori perempuan pula ialah sejauh 5 kilometer.Keputusan pertandingan bagi acara merentas kampus kategori lelaki ialah Kolej Enam Belas di kedudukan 12. Manakala bagi kategori perempuan pula di kedudukan 13.

Program larian ini amat memberi kesan kepada setiap pelajar kerana melalui program ini mereka mengetahui keadaan atau suasana persekitaran di kampus. Selain itu, melalui aktiviti larian ini juga mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang pelajar itu.Akhir sekali, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya program ini dapat diuruskan dengan lancar.

 

Disediakan oleh :

ZUHAIRI BIN ZAKARIA MTM Sukan Kolej 16. 4 Oktober 2018

Tarikh Input: 04/10/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | shalabi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ ENAM BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697857
0397692071
SXEdLA4~